TITLE; Twin Tower @live
Thursday, 28 March 2013 | 06:58 | 0 comments
lahaiiii actually dari hari tu nak update , tapi lupa pula hahaha . last week , sabtu , 230313 , aku , anis , nadia , baiti and sorang lagi ni sape tah , kita orang pergi Twin Tower @live . sumpah best gila . aku pergi sebenarnya nak tengok 2NE1 and Backstreet Boys je . yang lain lain tu tak nak hahahaha . hari jumaat tu pula ada U-kiss and Demi Lovato . wehhh aku nak tengok dia orang juga :'O nak dong ho oppa :'< sedih tak dapat tengok . yang penting abang abang aku , aku dapat tengok hahahaha . aku pun tak tau macam mana mak aku boleh kasi pergi . aku just cakap dengan mama aku nak pergi event dekat KL and tak bailk , tidru rumah nadia . esoknya pula mama tanya , aku nak pergi concert apa ? aikkk macam mana mama boleh tau haha . dosent matter lah . yang penting aku dapat pergi . Farah yang gila gila nak pergi sebab nak tengok 2NE1 , tak dapat pergi . kesian dia . siap nak pergi airport , nak tengok 2NE1 . dia memang fanatik dengan2 NE1 lagi lagi dekat Park Boom . mula mula dia yang ajak aku , last last dia yang tak dapat pergi . aku rasa bersalah dekat dia :(

petang baru gerak pergi KL , nadia ambil aku dengan anis . and suddenly hujan . haishhhhh aku dah fikir je , kalau hujan sampai malam , macam mana nak tengok nanti . sampai KLCC terus makan . sumpah lapar gila . ermmmm nyummy aku macam taco je hahaha . dia punya cheese omakyay ! sedap wehh . before tu nadia nak beli tiket . bila tengok harga , seratus lebih . fuhhh thank god dia orang tak beli . kalau tak memang aku tak makan lah . yang aku ni pun cuma bawak RM 120 je . memang cukup cukup lah nak beli tiket . lastly , dia orang decide nak tengok dekat public zone je . public zone tu free . tak payah ada tiket masuk . kita orang  masuk je , dah penuh gila . so kita orang pun dapat tempat belakang sekali . memang nampak semut je lah dekat atas stage tu . sumpah tak best wehh dekat belakang . dia orang semua tak sporting . ada ke tengok concert senyap je . membisu seribu bahasa . sumpah tak best . aku dengan nadia yang over gila nak mati dekat sana . 

suddenly ada akak ni tegur aku . before tu aku ada toleh belakang and nampak ada 2 orang akak pakai baju kurung . and dia orang tegur aku

"dik , 2NE1 dah start belum ?"

"belum lah kak.."

"owhh yeke.. dik , adik nak tiket rock zone tak dik ? *actually aku lupa dia cakap zone apa haritu , aku main tulis je rock zone ^^* "

"hah ?! tiket ? nak kak !!!!! ada berapa kak ?"

"ada 5"

"serious ke ni kak ?"

"iye betul :) "

aku dengan anis dah terkinja kinja dekat situ . time tu nadia and yang lelain dekat tepi , dia orang tak nampak aku borak dengan akak tu . and then aku panggil dia orang semua

"ya Allah terima kasih kak . thank you so much !!!! "

and akak tu semyum je . so apa lagi , dah kasi tiket tu sorang sorang , kami pun berlari dengan riang . tak payah nak riang sangat lah kan . terjerit jerit macam b**** ada lah hahaha . ahhhh itu semua kita orang trak kesah , yang penting dapat tiket . dah tak toleh belakang dah . macam dapat pergi tengok concert One Direction je gaya hahaha . dah masuk rock zone tu , kita orang terus menyelit sampai depat . yang aku dengan anis lama lama terpisah dengan nadia and baiti . makin lama makin kedepan aku dengan anis . yang nadia dengan dia orang tak berganjak pun dari tempat tu . sumpah best gila . nasib baik akak tu tegur aku . THANK YOU SO MUCH AKAK YANG TIDAK DIKENALI IDENTITINYA !!!!

and yang malangnya , aku dengan anis tiba tiba bergabung dengan budak budak lelaki yang lebih kurang baya baya aku , yang tidak dikenali . mamat depan anis tu tinggi dan juga handsome. ohh aku melting sikit je hahaha . tapi annoying plus over dia , masyallah -.- lagi lagi time part buat harlem shake . hamboi mengalahkan orang orang yang buat harlem shake dalam youtube -.- yang mamat sebelah aku pulak , hadoiiii tak faham betul aku . menyenggol nyenggol , menggeser geser lengan dengan aku . aku tampar juga mamat ni . tapi yang tak boleh bla , dia pakai snow cap and kemeja jeans , sama sebijik dengan mal punya . baru nak berangan tengok concert dengan mal . tapi tengok perangai , terbatal niat aku -.- yang budak depan anis lagi sorang ni lagi lah haduyaiiii . dah lah pakai cap terbalik . lepastu bila dah berjoget joget dekat situ , makin lama makin kebelakang , "KETEPEKK !" cam dia mematuk hidung anis . tak payah nak mematuk sangat lah kan haha . lepas tu buat selamba badak je pula tu . aku pun apa lagi , sambil menari riang , aku menghempuk cap dia , tapi dia still selamba badak dia . tak makan saman betul . hmmmm tak kesah lah mamat mamat annoying tu , yang penting aku enjoy :D 

ohh yeahh , time 2NE1 keluar , hamboiii aku jerit mengalahkan naik roller coster gitu . sumpah excited gila dapat tengok 2NE1 live . park boom cantik gila wehhh oh my >.< aku suka gila boomie !! tapi , ramai yang suka dara dekat sana . hmmmm kita tak geng :( yang best gila , selebrate birthday Park Boom sekali aiiigooooooooo ! comel gila boom , nak nagis dia . walaupun birthday dia esoknya , tapi dia orang nak buat suprise birthday dia malam tu lah , yelah alang alang dah ada dengan fan dia semua . nak buat esoknya dengan fan , concert tu dah habis ye dok . so ramai ramai nyanyi lagu birthday dekat dia . arhhhhh boom so sweet *0* part yang paling aku over gila nak mati time lagu "i'm the best" dengan lagu "ugly" bersungguh sungguh gitu aku nyanyi hahahaha . and dah habis 2NE1 , masuk pula BACKSTREET BOYS !!!! OH MY GOD ! aku dah tak gupe perempuan dah time tu . wehh ni kalau dekat genting yang dia orang naik roller coster besar and naik flying coster , kalah wehh suara dia orang . suara aku lagi kuat sampai mamat depan aku tak tahan . asyik toleh belakang je *aku lettew * hahahaha . maaf lah bang , tak boleh control lah bang . dia orang cakap , ni first time dia orang buat concert 5 orang . maksudnya , sama sama lah 1 group . before ni asyik buat 4 orang je . lagi lah aku excited . bila part lagu , 'shape of my heart" "i want that way" "as long as you love me" memang itu bukan aku lah , hantu raya aku yang  nyanyi . ya Allah memang tak terkata apa lah aku excited macam mana time tu . yang tak boleh bla aku siap lompat lompat dekat sana . buruk kan perangai ishh ishh ishh

memang malam tu , the best night ever . and time tu sekali dengan earth hours . cantik kay , klcc satu persatu lampunya terpadam . semua bangunan dekat area klcc tu matikan lampu . bulan pun time tu tak nampak sangat sebab baru lepas hujan . yang penting aku enjoy , have fun dengan kawan kawan aku . nak pergi concert backstreet boys lagi tahun depan !!!!!!!!!!

sila lah jealous hahaha *poyo kan?*




*sumber: twitter*

*sumber: twitter*
     











moh le lepas ni kita pergi ramai ramai tenenenenene ^^


Old things | New things
HI, ingin cuba untuk copy cat? anda akan didakwa atas cubaan merogol dan akan disebat sebanyak 30 kali. terima kasih :)